FORMAT DAN PERATURAN

1. PENGANJUR KEJOHANAN

Kejohanan ini dianjurkan oleh jawatan kuasa Komuniti Jenderam.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang (FIFA), FAM, Peraturan Am Bola Sepak 9 Sebelah dan mengikut perubahan daripada penganjur.

Tiada Off-Side

3. PEMBENTUKAN PASUKAN

Penyertaan adalah terhad kepada 120 individu atau 12 pasukan

Setiap pasukan mestilah mempunyai tidak lebih daripada 10 orang pemain iaitu 9 orang pemain utama dan 1 orang pemain simpanan.

Setiap pasukan dibenarkan untuk melantik seorang Pengurus, namun begitu tiada peruntukan hadiah disediakan.


Warganegara Malaysia

Tiada halangan kepada yang pernah mewakili atau sedang mewakili pasukan kebangsaan, negeri atau mana-mana kelab.

4. FORMAT PENGUNDIAN

Untuk pengundian yang adil dan saksama, pemain-pemain akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Pengundian akan dibuat pada hari perlawanan.

Sekiranya terdapat penyertaan yang menghantar 2 pasukan, secara automatik pasukan akan diletakkan di bawah kumpulan berlainan. 


KATEGORI BAWAH 12
Pengundian mengikut peringkat usia akan dilakukan


5. SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini akan dilangsungkan secara liga satu pusingan dalam setiap kumpulan menggunakan format 9 sebelah.

2. Manakala pada peringkat separuh akhir dan akhir, perlawanan dalam format 9 sebelah akan dilangsungkan.

3. Semua pasukan akan diundi dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Namun begitu, bilangan kumpulan akan berubah dan bergantung kepada jumlah penyertaan,

4. Pasukan yang menjadi JOHAN dan NAIB JOHAN dalam setiap kumpulan layak ke pusingan Separuh Akhir.

5. Tiap-tiap pasukan yang menang pada liga, mendapat 3 mata, 1 mata untuk seri dan 0 mata untuk kalah.

6. Setelah selesai perlawanan liga bagi setiap Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua jika terdapat dua pusakan atau lebih memperolehi mata yang sama maka;

Jumlah perbezaan gol akan menjadi penentuan;

Pasukan yang memperolehi perbezaan yang terbesar antara jaringan gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ hendaklah memduduki tempat yang lebih tinggi.

Jika perbezaan golnya sama;

Pasukan yang telah menjaringkan gol yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.

Jika masih seri juga;

Pasukan yang pernah menewaskan lawannya adalah menduduki tempat yang lebih tinggi.

Jika masih juga seri;

Kedudukan ini hendaklah diselesaikan menurut cara yang diputuskan oleh Jawatankuasa Kejohanan.


10. TEMPOH MASA PERMAINAN

• Pusingan Pertama 10 – 1 – 10
• Pusingan Kalah Mati 15 – 1 – 15
• PerlawananAkhir 15 – 2 - 15
• Tiada masa tambahan diberi sekiranya keputusan berkesudahan seri dalam pusingan awal.
• Pada peringkat kalah mati, sekiranya keputusan berkesudahan dengan seri, tendangan penaliti akan dijalankan. Jikalau masih juga seri , “Double Knockout” dan Penalti “Sudden Death” akan dijalankan.


11. PAKAIAN

Jersi bernombor tidak disediakan oleh pihak penganjur

Pengagihan jersi akan dibuat 10 minit sebelum masa perlawanan dan hendaklah dikembalikan setelah tamat permainan. Urusan ini adalah di bawah tanggungjawab ketua pasukan.

Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor mengikut nombor yang didaftarkan sepertimana dalam borang pendaftaran.

Pemain tidak dibenarkan memakai jersi semasa sesi “warming-up”.

Pemain lain yang bukan dari pasukan yang sedang bertanding, sekiranya memakai jersi yang sama dengan pasukan yang sedang bertanding, maka dia tidak dibenarkan menghampiri padang.

Pemain dikehendaki menjaga keselamatan jersi tersebut dan sebarang kerosakan atau kehilangan akan dikenakan bayaran.

Semua pemain disarankan memakai kasut bola (boots) dan stoking tinggi serta ‘Shin
Guard’. Namun begitu, kelonggaran diberikan dan segala kecederaan yang berlaku adalah dibawah tanggungan pemain.


12. KELEWATAN

Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 10 minit lebih awal sebelum masa yang ditetapkan bagi suatu perlawanan tersebut.

Tidak boleh kurang daripada 6 orang pemain di dalam padang. Jika kurang, pasukan itu dikira kalah.

Hanya 5 minit masa diberikan kepada pasukan yang lewat . Selepas tamat masa yang diberikan, pasukan itu dikira kalah dengan jaringan 2-0.


13. TINDAKAN TATATERTIB

Tiap-tiap pasukan yang ramai penyokong hendaklah menjaga ketenteraman penyokong mereka. Jika didapati sama ada pengurus, pemain dan penyokong mereka menimbulkan pergaduhan, maka secara automatik pasukan berkenaan disingkirkan dari pertandingan.

Pemain yang telah mendapat 2 kad kuning dalam perlawanan yang berasingan akan digantung 1 perlawanan berikutnya.

Pemain yang diperintahkan keluar padang selepas menerima dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung 1 perlawanan berikutnya.

Pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mendapat kad merah akan digantung 1 perlawanan berikutnya.


14. PERUBAHAN TARIKH PERLAWANAN

Jawatankuasa penganjur berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh perlawanan yang telah ditetapkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.


15. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi perkara yang tidak dinyatakan pihak penganjur berhak untuk membuat keputusan dan keputusan adalah muktamad (Penganjur dan Pengadil). Sebarang bantahan hendaklah membayar RM100.00 dan jika bantahan tidak munasabah wang tidak akan dikembalikan.

Tafsiran Undang-undang / Peraturan

Segala peraturan yang termaktub di sini adalah muktamad.

Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak disebut di dalam peraturan di atas,
maka ia adalah tertakluk di bawah budi bicara pihak penganjur. Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian sama ada sebelum, semasa atau selepas pertandingan.


16. TEMPAT DAN TARIKH PERLAWANAN

Kejohanan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Sepang untuk kategori terbuka dan Padang Sekolah Kebangsaan Jenderam Hulu untuk kategori bawah 12 tahun dan Tabika/Pra

17. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN CABUTAN UNDI

Tarikh tutup penyertaan ialah pada : 27 November 2011

Undian akan dibuat sebelum perlawanan dimulakan


18. YURAN PENYERTAAN

Yuran penyertaan sebanyak RM100 untuk setiap pasukan, manakala untuk kategori bawah 12 tahun adalah RM2.00 seorang.

19. BORANG PENYERTAAN

Borang Penyertaan boleh diperolehi dengan CLICK SINI manakala untuk keterangan lanjut boleh hubungi urusetia kejohanan berikut:

1. EN. MOHD ZAIRIN BIN KAMIS 019-673 4740
2. EN. MOHAMAD HAFZANIZAL BIN MD ISA 0132991204
3. EN. AL YUHANIS BIN ANAS 019-344 4950
4. EN. SAHRUL NIZAM BIN ABDUL RAUF 019-263 5483
5. EN. FAZHAN BIN ZAINUDIN 013 275 9719
6. EN. AZWAN BIN BAKHTIAR 019-275 9296