HADIAH & ACARA

HADIAH YANG DISEDIAKAN

Hadiah untuk para pemenang adalah seperti berikut:
  1. Piala Pusingan kejohanan
  2. Piala Johan dan RM 500.00
  3. Piala Naib Johan dan RM 250.00
  4. Piala Tempat ke-3 dan RM 100.00
  5. Medal Tempat ke-4
  6. Anugerah Pemain Sepanjang Zaman (Pemain Veteran - Khas untuk Warga Jenderam Hulu )
  7. Anugerah Tokoh Jurulatih untuk jurulatih pasukan bawah 7 tahun kerana telah menjadi juara di peringkat Daerah Sepang untuk tahun 2011)
  8. Medal Johan bawah 10 tahun
  9. Medal Naib Johan bawah 10 tahun
  10. Medal Tempat ke-3 bawah 10 tahun

Acara Sampingan

1. Tarik Tali Terbuka

Hadiah tempat pertama dan kedua untuk acara tarik tali terbuka. Syarat penyertaan adalah seperti berikut:
  1. Penyertaan secara berpasukan seramai 8 peserta tiap pasukan.
  2. Undian akan dijalankan untuk menentukan lawan
  3. Perlawanan dilangsungkan dalam format kalah mati
  4. Hanya 2 pasukan akan ditentukan dalam perlawanan akhir

2. Cabutan Nombor Bertuah

Hadiah sampingan Cabutan Bertuah juga turut menanti pengunjung. Sebanyak 80 hadiah disediakan sepanjang 2 hari acara berlangsung.


3. Peraduan Teka Kacang

Penyertaan untuk peraduan teka kacang menyediakan 5 hadiah untuk dimenangi. Penyertaan dengan tekaan yang paling hampir diistiharkan sebagai pemenang pemenang tempat pertama.


4. Pertandingan Permainan Playstation

Pertandingan menyediakan hadiah untuk tempat pertama hingga ke-3. Pertandingan dijalankan secara kalah mati dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM 5.00 dan terhad kepada 30 penyertaan terawal


5. Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak 6 tahun kebawah

Cenderamata diberi kepada semua peserta dan pemenang tempat pertama hingga ketiga. Pensil warna tidak dibekalkan.